Sunday, January 18, 2009

GERMANY
PRIDE OF AMERICA

Asyik sibuk dengan keje baru hari ni la aku dapat mulakan citer, life sebagai full-time artist aku start apabila abis belajar ijazah sarjana muda seni halus di UiTM Shah Alam pada tahun 2003. Dah sepanjang 6 tahun susah senang aku harungi kehidupan sebagai artist full-time.

Aku banyak sertai pameran kumpulan di dalam dan luar negara (kat indon je). Selain itu juga aku aktif buat projek-projek kesenian seperti mural, backdrop painting,set, display dll di dalam dan luar negara. Aku juga buat business kecilan iaitu bikin strecher, kanvas utk artis dan buat juga servis gantung dan display artwork utk galeri-galeri.

Aku tak tau nak cakap ape lagi, hang pa tgk la foto-foto jurnal aku ni. Foto-foto nie antara projek seni yg pernah aku join pada 2005, aku ke jerman lukis mural untuk kapal perlancongan PRIDE OF AMERICA.

ni lah kapal yg aku lukis tu
ni lah antara mural-mural yg aku lukis kat German,
sebenarnye banyak lagi, tapi aku dpt tunjuk yg ni jer la.

Selain tu juga aku dpt kenalan baru di situ
ni orang Turki Aku dgn bapak Hiro dari Indonesia,
dia keja sebagai pelayan restoran dlm kapal ni
Warga negara USA nie, nama dia Jamal. Aku rapat dengan masa tu.hari-hari aku pergi masjid dengan dia. Dia keja sebagai pelayan restoran dlm kapal ni gak. Dia keja kt kapal ni pun sebab nk kumpul duit nk pergi melanjutan pelajarannya ke Universiti of Madinah pada thn 2006.


GERMANY
PRIDE OF HAWAII

Sekali lagi aku ke bandar Hamburg, German untuk melukis mural untuk kapal perlancongan. Kali ni aku lukis untuk kapal PRIDE OF HAWAII, 2 bulan aku layan lukis mural dikapal ni.

kat kapal ni lah aku lukis mural
bersama-sama rakan se-muslim yg belakang dari USA (Muhd.Rashad), sebelah kiri pertama dari Moroco (Musa ali), dan sebelah kiri kedua dari Indon (Haidir).

bergambar dengan member artis sekerja (Long dan Cezzane) sebelum berangkat pulang.
Mereka pulang ke Malaysia dulu, aku pergi travel ke Europe. Aku dikota Amsterdam disini aku jalan ke Muzium Rembrant dan Van Gogh, tapi sayangnya kamera aku rosak sebab terjatuh tak dpt nak ambil foto-foto tempat yang aku kunjungi.
Sebenarnya lps aku ke Holland aku pergi ke Belgium dan selepas tu aku terus ke Kota Paris di Perancis. Tapi sayangnya tak dapat nak ambil foto disana, kalau tidak boleh aku tunjuk pada kawan-kawan semua....waaaaawaaaaa sedihnye Aku di lapangan terbang Amsterdam, Holland, sedang kepenatan untuk menanti penerbangan pulang ke Malaysia. Kalau ada peluang lagi aku nak jalan jelajah Eropah sebab masih tak puas lagi. Insyaallah, oklah saye ade keje ni, insyaAllah saya akan cerita lagi pengalaman2 sepanjang saye sebagai full-time Artist (bukan senang nak jadi Artis, bukan senang nak berjaya dan yang penting usaha kenalah gigih)

No comments: