Thursday, April 16, 2009

Pada Tahun 2004 aku, kawan dan artist dari jerman telah bergabung tenaga untuk menjalani projek Dome mural dan gold gilding di Abu Dhabi, UAE. Kami mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan projek ni..besar tul dome...

aku sedang menyembur cat untuk panel dome tersebut dengan Marin paint..


Selesai spray kami mengonyok aluminium foil untuk di tekap ke panel dome tersebut dengan keaadaan cat separuh kering...tujuan untuk mendapat efek kedut-kedut dipermukaan panel tersebut supaya apabila proses gold gilding dilakukan akan mendapat hasil yang menarik..


menekap kepingan aliminium foil yang telah dironyok tadi pada permukaan panel dome..



proses gold gilding dilakukan

hasil kerja gold gilding

selepas tu kerja2 melukis main dome dilakukan..disini kombinasi paint efek dan gold gilding digabungkan

aku sedang lakukan paint efek


antara hasil2 kerja yg telah siap


proses pemasangan panel2 dome tersebut


Dome yang telah selamat dipasang...cantik tak?



pada 2007 aku dan kawan2 telah melayan projek kereta berhias untuk pesta flora di Putrajaya. tugas kami adalah untuk membuat kereta berhias untuk negeri selangor

proses carving poly


proses mengecat objek yang telah di carving



proses pemasangan dan mengstruktur kereta berhias..


proses pemasangan bunga dilakukan

kereta berhias yang telah siap


foto aku dan kawan2 yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan projek ni..TQ u all..

oklah aku nak sambung buat artwork aku ni, nanti ada masa aku sambung lagi tunjukkan projek2 yang sudah aku lakukan...bye..Assalamualaikum

Tuesday, March 31, 2009

selain itu juga saya buat kerja dalam pembikinan set dan lukisan backdrop untuk persembahan teater di sekitar Kuala Lumpur seperti di Istana Budaya, Akedami seni kebangsaan, KLPac dan lain2 lagi. Disini saya tunjukkan beberapa proses kerja2 dan hasilnya yang saya telah lakukan....

proses2 membikin set teater


antara set2 teater yg telah ku bikinkan


lukisan mural diIKN Rawang


lukisan bakdrop untuk teater pi mai pi mai tang tu di istana budaya tahun 2006


lukisan bakdrop untuk teater di istana budaya


lukisan bakdrop untuk teater naga tasik chini di istana budaya juga


lukisan bakdrop untuk teater patriot di istana budaya


Antara kawan2 yg turut serta dalam pembikinan lukisan backdrop


...sebenarnya banyak lagi set teater dan lukisan backdrop yang aku dah buat, tapi ni je yang mampu ku tunjukkan..insyaAllah kalau ade mase lagi aku akan tunjukkan projek2 yang lain lagi, macam projek kereta berhias, lukisan mural di kota Djogjakarta Indonesia, dan lain2 lagi...bye

Sunday, January 18, 2009

Asyik sibuk dengan keje2 baru la hari ni aku dapat mulakan citer aku ni...aku betul start life aku sebagai full-time artist apabila abis belajar ijazah sarjana muda seni halus di UiTM Shah Alam pada tahun 2003. Sepanjang 6 tahun susah senang aku harungi hidup sebagai artist full-time, aku dah banyak sertai banyak pameran kumpulan di dalam dan luar negara (kat indon je). Selain itu juga aku aktif buat projek2 kesenian seperti mural, backdrop painting,set, display dll di dalam dan luar negara. Aku juga buat business kecilan iaitu bikin strecher, kanvas utk artis dan buat juga servis gantung dan display artwork utk galeri2. Aku tak tau nak cakap ape lagi, hang pa tgk la foto2 jurnal aku ni....aku nak tunjuk dulu foto2 antara projek seni yg pernah aku join..pada 2005 aku pergi ke jerman lukis mural untuk kapal perlancongan PRIDE OF AMERIKA..

ni lah kapal yg aku lukis tu..














ini lah antara mural2 yg aku lukis kat german tu.. sebenarnye banyak lagi, tp aku dpt tunjuk yg ni jer..selain tu juga aku dpt kenalan baru di situ...

ni orang turki

aku dgn bapak hiro dari indonesia, dia keja sebagai pelayan restoran dlm kapal ni..


ni warga negara USA, nama dia Jamal..aku rapat dengan masa tu.hari2 aku pergi masjid dengan dia..dia keja sebagai pelayan restoran dlm kapal ni gak..dia keja kapal ni pun sebab nk kumpul duit nk pergi melanjutan pelajarannya ke Universiti of Madinah

Pada 2006, sekali lagi aku ke bandar Hamburg, German untuk melukis mural untuk kapal perlancongan. Kali ni aku lukis untuk kapal "PRIDE OF HAWAI", 2 bulan aku layan lukis mural dikapal ni.

kat kapal nilah aku lukis mural




bersama-sama rakan se-muslim yg belakang dari USA(Muhd.Rashad), sebelah kiri pertama dari Moroco (Musa ali), dan sebelah kiri kedua dari indon (Haidir).






bergambar dengan member2 artis sekerja (Long dan Cezzane) sebelum berangkat pulang, tapi mereka pulang ke Malaysia dulu, tapi aku pergi jalan europe dulu.

aku dikota Amsterdam..disini aku jalan pergi ke Muzium Rembrant dan Van Gogh, tapi sayangnya kamera aku rosak sebab terjatuh tak dpt nak ambil foto2 tempat yang aku kunjungi..sebenarnya lps aku ke holland aku pergi ke Belgium dan selepas tu aku terus ke kota paris di perancis..tapi sayangnya tak dapat nak ambil foto disana, kalau tidak boleh aku tunjuk pada kawan2 semua....waaaaawaaaaa sedihnye

aku di lapangan terbang amsterdam, Holland..sedang kepenatan untuk menanti penerbangan pulang ke Malaysia...kalau ada peluang lagi aku nak jalan jelajah eropah sebab masih tak puas lagi...insyaallah..oklah saye ade keje ni, insyaAllah saya akan cerita lagi pengalaman2 sepanjang saye sebagai full-time Artist (bukan senang nak jadi Artis, bukan senang nak berjaya dan yang penting usaha kenalah gigih)

Saturday, December 27, 2008

Assalamualaikum aku pooi, aku baru je buat blog ni bertujuan nk citer dan kongsi kerja2 seni yang aku dah dan akan buat pada korang semua...aku belum idea macam ne nk mulakan..poning kepalo den...